Tuesday, March 1, 2011

Usrah PEPISANG 28/2/11; Ketepatan Masa (Punctuality)

 Jalan Gurney: Pada tanggal 28/2/2011 bersamaan dengan hari Isnin, PEPISANG telah mengadakan usrah dikalangan ahli. Usrah dimulakan dengan Magrib berjemaah. Tajuk yang dibincangkan adalah berkenaan dengan ketepatan masa. Tajuk ini telah diberikan oleh saudara Kamil Muhammad. Naqib yang membawa perjalanan usrah ini adalah Saudara Azlan. Seramai 10 orang yang dapat menghadirkan diri.



Tajuk yang dibincangkan semakin lama semakin panas apabila setiap orang mengambil bahagian dalam menyampaikan dan berkongsi ilmu itu sendiri. Bagaikan perang ilmu.

Antara isi yang sempat dicatit adalah :

  • Solat diawal waktu menjaminkan kita untuk sentiasa tepat dengan waktu.
  • Tidak tidur selepas subuh akan menutup pintu rezeki.
  • Bila berat meberi sesuatu itu adalah sebaik-baik sedekah.
  • Apabila barang hilang, anggap rezeki kita sampai disitu dan disambung oleh orang lain.
  • Tiga ikatan syaitan untuk tidak bagi umat Islam untuk solat subuh.
  • Lewatkan solat untuk mendahulukan benda yang tidak berapa penting akan menyebabkan seseorang kehilangan masa.
  • "Timeline" tentang masa kehidupan manusia.
  • Jangan berdoa "Ya Allah, Kau panjangkan umur ku.", tetapi, doalah "Ya Allah, Kau berkatilah umurku ini sepanjang masa aku hidup didunia ini."
  • Sayangi masa. Ambil masa itu sebagai untuk membayar hutang kita.
  • Kalau sakit gigi, bila doktor cabut, sakit gigi itu hilang. Tapi kalau seksa kubur???
  • Solat ibarat bayar hutang kepada Allah. Selagi tidak solat, kira belum bayar hutang. "Jom bayar hutang?"
  • Masa itu emas.Masa sangat berharga.
  • Masa ibarat pedang. Jika tidak digunakan dengan baik, kita akan dipancung.
  • Teka-teki Iman Ghazal : Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?
    Murid 1 : Negeri Cina
    Murid 2 : Bulan
    Murid 3 : Matahari
    Murid 4 : Bintang-bintang
    Iman Ghazali : Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.

    Insya-Allah akan bertemu pada waktu yang sama dengan tajuk : Ikhlas dalam beribadah


Perbincangan ketepatan masa dikongsi oleh semua yang hadir.
Makanan dan minuman yang disediakan.

Sungguh mantap ilmu dan perkongsian yang dikeluarkan.


oleh : e.r.j.

3 comments:

  1. serius smart perbincangan semalam. antara jugak yg smart ialah pertemuan yg x dirancang ahli usrah tu. sume x pernah kenal n baru kenal - dikumpul bersama oleh Nya...

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah pelbagai manfaat telah diperolehi...^^

    ReplyDelete