Sunday, January 19, 2014

welcomeBackPepisang

Assalammualaikum warahmatullah :) 


PEPISANG dengan kelebaran sayap yang baru, memuatkan hampir 25 penumpang yang mana 7 orang daripadanya adalah pilot manakala selebihnya pula pewaris generasi ummah, telah pun selamat mendarat  atau dengan erti kata lain pendaratan welcome back. Kembali dengan semangat, matlamat dan pastinya inspirasi baru bersama pelapis  new young generations. Alhamdulillah, hebatnya takdir apabila pertemuan itu diakhiri dengan silaturrahim. Sesuatu yang pastinya akan memenuhi ruang, minda serta persoalan tentang siapakah gerangan si pemimpin yang bakal meneraju bahtera baru bagi cawangan Ampang untuk tahun ini. Orang kata tak kenal maka tak cinta. Tapi ingin saya ubah sedikit frasa tersebut menjadi, TAK TA'ARUF MAKA TAKKAN ADA SILATURRAHIM. Haaa, gitu. Baiklah, sebelum saya memperkenalkan pimpinan pada kali ini, dengan berlapang hati ingin saya memberitahu anda anda semua bahawa induksi untuk pimpinan kali ini telah pun berlangsung dan seterusnya mencapai tahap kepuasan maximum bagi semua yang menyertai terutamanya bagi diri kami sendiri. So, agak-agak ada tak retreat lepasni ? *krik krikk* 
         Inshaa Allah, dengan pelbagai aktiviti dan perancangan yang dirangka oleh biro-biro terlibat, aktiviti yang bakal dijadualkan dan seterusnya dilaksanakan bagi tahun ini boleh saya katakan, agak  kebaboom mampatnya. Oleh sebab itu, ingin saya tekankan bahawa persediaan mental dan fizikal kami sudah pasti dan semestinya dicabar baik dari segi penyediaan apatah lagi perlaksanaan. Tak dinafikan induksi banyak memberi impak serta kesan positif terutamanya dalam perkongsian maklumat, sumbangan idea yang fresh fresh dan tak kurang juga dengan ideologi masing-masing. Hal ini dapat dibuktikan apabila hasil gabungan bersama biro & pemimpin dalam merangka plan strategi aktiviti tahunan masing-masing. Induksi sebenarnya jika dilihat dari perspektif luar daripada polar pemikiran normal, ia merujuk kepada konsep mengenal antara satu sama lain, atau dengan erti kata yang sebenar, " I know you, your behave, your characters, your rules and most of all is, I know who you're , yourself." Kenal siapa ahli dalam kumpulan, iaitu kenal bukan sekadar tahu nama penuh, umur, makanan kegemaran, suka warna apa, tinggal dimana dan pelbagai-bagai lagi soalan cliche biodata kanak-kanak seusia 6 tahun. Induksi adalah medan, medan bagi pembentukan dan penyatuan pendapat gabungan hasil idea kronologi menjadi satu persetujuan sebulat suara. Thats how new shapes of new empire begin. Suatu nilai estetika biasa yang sepatutnya diterap dalam pimpinan kerana sesuatu yang dilihat biasa-biasa itu, jika dibiarkan begitu sahaja akibatnya bisa dilihat dalam suatu jangka masa panjang kehadapan terutama dalam kelompok pimpinan itu sendiri. Konklusinya, ingin saya simpulkan bahawa betapa pentingnya setiap individu untuk kenal setiap ahli biro masing-masing dan betapa pentingnya peranan induksi itu sendiri dalam mengeluarkan mutiara-mutiara yang tersembunyi disebalik topeng opera. Kerana, seampuh dan setinggi manapun sesebuah bangunan itu bukan dilihat dari mana ia berasal, tetapi bagaimana ia dibina dan atas alasan apa ia didirikan. Begitu juga PEPISANG. Punya misi, visi dan pastinya dengan kepadatan matlamat yang jelas.



Ingin mengenali siapakah gerangan pimpinan yang telahpun secara rasminya dipilih diantara yang terpilih?

JENG JENG JENG JENG !! 

p/s : Nantikan dalam episod INTRODUCTION OF PILOT AND THE GANG pepisang yang akan datang. Keep up your smile and hold tight your faith. Till we meet again nextweek. Salam perkenalan dan salam ukhuwah buat semua :)