Monday, February 21, 2011

Apa itu Sahabat Sejati?


Oleh: Haslinda Lukman
‘Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati..’

Thursday, February 17, 2011

L.A.K.E.P. -> ~Membentuk Fasilitator Muslim Dinamik~


PENDAHULUAN
Pendekatan PEPIAS dalam berdakwah melalui program-program sekolah, sangat menitikberatkan pemantapan ahli dari sudut fasilitator dan pengurusan program.Exco Latihan dan Kepimpinan PEPIAS mengambil satu langkah untuk memperkasakan ahli-ahli PEPIAS dengan mengadakan sebuah program latihan asas kefasilitatoran dan pengurusan program (LAKEP) bertujuan memastikan ahli PEPIAS mempunyai kemahiran dalam bidang fasilitator.
Selain itu, ahli mampu belajar bagaimana cara untuk berdakwah kepada golongan-golongan yang tertentu sekaligus menjadi seorang fasilitator muslim.

Kerana Sebiji Buah Tembikai.


Pada suatu hari, seorang ahli sufi yang masyhur bernama Syaqiq Al-Balkhir telah membeli sebiji tembikai. Kemudian dia membawa tembikai itu pulang dan diberikan kepada isterinya. Apabila isterinya membelah tembikai itu untuk dimakan, ternyata buah tembikai itu tidak elok, maka marah-marahlah isteri Syaqiq dengan keadaan tersebut.

Sunday, February 13, 2011

Sambutan Maulidur Rasul PEPISANG




Assalamualaikum..anda semua dijemput hadir ke smbutan MAULIDUR RASUL di MMC,KL..MASA JAM 6.30 PTG HINGGA 9.30 MLM. TAJUK:SIAPAKAH NABI MUHAMMAD S.A.W....SEBARANG PETANYAAN BLEH BERHUBUNG DENGAN AZLAN..marilah ramai2 hadir ke smbutan ini..gunakan peluang ini untuk menambah ilmu..:17 FEBRUARI 2011
╚►HARI : KHAMIS
╚►TEMPAT : SURAU MULTIMEDIA COLLEGE (MMC)
╚►PENCERAMAH : USTAZ EMRAN AHMAD ( http://www.alaf21.com.my/penulis/?idWriter=173 )
╚►HUBUNGI : Mohamed Azlan 0172892352 / 0196877725
╚►ANJURAN : PELAJAR-PELAJAR ISLAM,MMC KL.
╚►A.G.E.N.D.A :
· Solat Maghrib
· Solat Hajat
· Tayangan video
· Solat Isya’
· Ceramah oleh Ustaz Emran Ahmad

Kenapa Pisang?


Pisang Emas dibawa Belayar,
Masak sebiji diatas peti,
Hutang emas boleh dibayar,
Hutang budi dibawa mati.

Perhatian: Jangan sekali-kali menyimpan pisang dalam peti sejuk. Lepas baca anda semua pasti akan pandang tinggi pada buah pisang.
Pisang mengandungi 3 jenis gula semulajadi – sukrosa, fruktosa dan glukosa yang digabungkan dengan gentian. Pisang memberikan tenaga kepada manusia dengan kadar segera dan berterusan. Kajian yang telah dibuat menunjukkan bahawa 2 biji pisang mempunyai cukup tenaga untuk senaman selama 90 minit. Tidak hairanlah pisang dijadikan buah utama kepada atlit terkenal dunia. Bukan itu saja, malah pisang juga amat sesuai untuk mencegah dan merawat beberapa jenis penyakit, menjadikannya amat sesuai dalam pemakanan kita seharian.

Semuanya Bermula Di Sini.....

PENGENALAN PEPIAS

Merupakan singkatan dari Persatuan Pelajar Islam Selangor Darul Ehsan. Ditubuhkan oleh sekumpulan bekas pelajar Kolej Yayasan Anda yang terletak di Jalan Hamzah, K.L sekitar tahun 70-an. Berdaftar secara rasmi pada 1 Oktober 1992 dan didaftarkan semula pada tahun 2008 dengan nama seperti hari ini. Menjalankan pelbagai aktiviti kemasyarakatan berbentuk kebajikan dan pendidikan Islam di merata bumi Selangor. Menjadikan pelajar Islam sebagai penggerak utama dalam setiap aktivitinya bagi meramaikan aktivis belia Muslim yang berkualiti di masa hadapan.