Thursday, February 13, 2014

Pengisian Jiwa

USRAH MINGGUAN HELWANI : TAUTAN HATI (TAUHA)

TAJUK USRAH : KEFAHAMAN YANG MENDALAM MENGENAI USRAH
NAQIBAH : UMMUL IZZATIN MARDHIAH BINTI AB. GHAFAR
TARIKH : 15 JANUARI 2014
TEMPAT : SURAU KOLEJ MULTIMEDIA KUALA LUMPUR

Bismillahirrahmanirrahim.. 
dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang..

Alhamdulillah pada 15 Januari 2014, Persatuan Remaja Muslim Pepias 
Ampang sempat mengadakan Usrah Helwani iaitu Tautan Hati(TAUHA). TAUHA dimulakan dengan Al-Mathurat dan 

Tajuk kali ini pasal Usrah..
Usrah lagi..bukan sudah dibincangkan dalam REHAT ke??
InsyaAllah yang ini lebih terperinci dan terkesan pada rohani..

Apa itu usrah?? Usrah dari segi bahasa ialah keluarga. Manakala dari 
segi istilah ialah kumpulan mukmin yang beriman dengan agama 
islam, berusaha dan tolong-menolong di antara satu sama lain untuk 
memahami dan menghayati Islam berdasarkan kepada perintah Allah.

Dalam surah al-Maaidah ayat 2 Allah berfirman yang bermaksud :

“ Dan hendaklah kamu bertolong-tolong untuk membuat kebajikan dan bertakwa dan janganlah kamu bertolong-tolong dalam membuat dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan 
bertaqwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaan-Nya (bagi sesiapa yang melanggar perintahnya)”.

Dari mana mulanya usrah ini? 
Pembetukan usrah yang pertama dilaksanakn oleh Rasulullah s.a.w ialah di rumah al-Arqam bin Abi Arqam. Rasul mengajar mereka yang hadir setiap ayat Quran yang 
diturunkan. Baginda juga menekankan proses pembinaan sifat-sifat luhur seperti baik hati,amanah, bertanggungjawab, bercakap benar, berani dan sebagainya di dalam diri para sahabat.(Membentuk aqidah). Usrah ini juga telah dipopularkan oleh Ikhwatul 
Muslim. Usrah ini juga boleh dikatogerikan sebagai roh dakwah dalam 
hati (adab dan niat).






Apa yang lebih penting perlu difahami ialah usrah itu sendiri adalah 
perbincangan ilmu dan proses belajar bersama. Ahli usrah mestilah mempunyai budaya mendahagakan ilmu  yang tinggi dan semua ilmu yang didasari dengan sumber-sumber yang dipastikan sahih dan perlu dibawa serta dikongsikan untuk merancakkan lagi perbincangan di dalam usrah agar dapat lebih menambahkan kefahaman semua.Minda yang mengharapkan usrah sebagai majlis ilmu paling utama adalah silap jika mereka tidak mencari ilmu dari luar usrah untuk dikongsikan dalam usrah dan menunggu usrah seterusnya tanpa menimba ilmu berkaitan dengan perbincangan dalam usrah. 


Monday, February 10, 2014

Pertemuan Hati


USRAH MINGGUAN GABUNGAN : REFLEKSI HATI (REHAT)

TAJUK USRAH : PENGENALAN USRAH
NAQIB : ALLHAJJ BIN AZMAN
TARIKH : 8 JANUARI 2014
TEMPAT : BLOK LO4, KOLEJ MULTIMEDIA KUALA LUMPUR

Alhamdulillah pada tanggal 8 Januari 2014 bersamaan 6 Rabiul Awal 1435 
Hijrah yang lalu, Persatuan Remaja Muslim Pepias Ampang (PRM PEPISANG)
berpeluang mengadakan Usrah Gabungan iaitu Refleksi Hati (REHAT). REHAT dimulakan dengan bacaan AlMathurat yang diketuai oleh 
Saudara Allhajj Bin Azman. Tajuk yang dibincangkan adalah berkenaan dengan Pengenalan Usrah. 
Seramai 16 orang yang dapat bersama – sama dalam REHAT ini.


Terdapat beberapa ilmu yang menarik dan kata kunci yang membuatkan
seorang pencatat akan terus mencatat di dalam buku catatannya.


Di sini akan dikongsikan serba sedikit ilmu yang diperoleh oleh wakil yang hadir.







Maksud Usrah??
Usrah = Keluarga(firman Allah SWT: “Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu bersaudara,” (al-Hujurat: 10))
Natijah akhirnya, adalah melahirkan kesatuan pemikiran (fikrah) agar 
cita-cita Islam dapat dicapai.

 Dalam kehidupan kita mesti ada tujuan atau matlamat. Kalau kita tidak letakkan tujuan kita, hidup kita ibarat layang-layang yang putus talinya. Kita mesti kerap tanya pada diri, apa tujuan kita dalam melakukan sesuatu agar benda itu tidak menjadi sia-sia.
Dalam berusrah juga, kita mesti ada tujuan dan hala tuju kita. Jadi antaranya ialah:

Tujuan Usrah :
Meningkatkan kefahaman jemaah terhadap Islam.
Menambahkan penghayatan dan menimbulkan perasaan tanggungjawab 
terhadap ajaran islam secara peribadi dan jemaah.
Membina generasi Islam yang menegakkan akhlak islamiah dalam diri dan sensitif terhadap  segala perkara yang tidak islamik.
Menghubungkan anggota secara langsung dengan AlQuran dan sunnah.
Mengikhlaskan diri dalam mencari keredhaan Allah.
Menyediakan tenaga  yang benarbenar
berkemampuan berketerampilan untuk bergerak demi kepentingan islam.
Mengukuhkan perasaan  bersaudara dan memupuk semangat bertindak
 secara berjemaah  secara tidak langsung



 Islam sangat mementingkan adab. Makan pun ada adab-adabnya. Begitu juga dalam berusrah. Ada adab-adab yang perlu kita patuhi agar usrah kita dirahmati Allah.


Adab Usrah :
Ikhlas
Menepati Masa
Suci(Berwudhuk)
Beritahu Naqib@Naqibah jika tidak hadir
Bersedia dari segi mental dan perlakuan
Membawa alat tulis
Mengukuhkan Ukhuwah
Menuntut Ilmu
Duduk bersopan
Fatihah dan Selawat
Menyampaikan kepada orang lain(yang tidak hadir)
Bertanya dengan izin
Mencelah apabila sangat perlu
Mengawal suara
Tenang dan serius
Berusaha mengenali sahabat
Membaca tasbih kafarah dan surah al-asr
Bersalaman
Menjaga rahsia jemaah


Rukun Usrah :
Taaruf - berkenalan
Tafahum – bersefahaman
Ta’awun – tolong-menolong
Takaful – menjaga kebajikan
Kebersamaan
Kepercayaan
Keterbukaan
Kerahsiaan
Adab (bercakap & ikhtilat)


Usrah merupakan satu mekanisme pembentukan diri, kumpulan dan penyatuan umat Islam yang sangat penting demi mewujudkan kesatuan dalam pemikiran
dan tindakan. Kekuatan umat Islam zaman Nabi Muhammad SAW dibentuk 
terlebih dahulu melalui usrah, iaitu dijana hati mereka dengan kekuatan iman 
dan takwa.