USRAH MINGGUAN GABUNGAN : REFLEKSI HATI (REHAT)
TAJUK USRAH : PENGENALAN USRAH
NAQIB : ALLHAJJ BIN AZMAN
TARIKH : 8 JANUARI 2014
TEMPAT : BLOK LO4, KOLEJ MULTIMEDIA KUALA LUMPUR
Alhamdulillah pada tanggal 8 Januari 2014 bersamaan 6 Rabiul Awal 1435
Hijrah yang lalu, Persatuan Remaja Muslim Pepias Ampang (PRM PEPISANG)
berpeluang mengadakan Usrah Gabungan iaitu Refleksi Hati (REHAT). REHAT dimulakan dengan bacaan AlMathurat yang diketuai oleh
Saudara Allhajj Bin Azman. Tajuk yang dibincangkan adalah berkenaan dengan Pengenalan Usrah.
Seramai 16 orang yang dapat bersama – sama dalam REHAT ini.

Terdapat beberapa ilmu yang menarik dan kata kunci yang membuatkan
seorang pencatat akan terus mencatat di dalam buku catatannya.
seorang pencatat akan terus mencatat di dalam buku catatannya.
Di sini akan dikongsikan serba sedikit ilmu yang diperoleh oleh wakil yang hadir.
Maksud Usrah??
- Usrah = Keluarga(firman Allah SWT: “Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu bersaudara,” (al-Hujurat: 10))
- Natijah akhirnya, adalah melahirkan kesatuan pemikiran (fikrah) agar
cita-cita Islam dapat dicapai.
cita-cita Islam dapat dicapai.
Dalam kehidupan kita mesti ada tujuan atau matlamat. Kalau kita tidak letakkan tujuan kita, hidup kita ibarat layang-layang yang putus talinya. Kita mesti kerap tanya pada diri, apa tujuan kita dalam melakukan sesuatu agar benda itu tidak menjadi sia-sia.
Dalam berusrah juga, kita mesti ada tujuan dan hala tuju kita. Jadi antaranya ialah:
Tujuan Usrah :
- Meningkatkan kefahaman jemaah terhadap Islam.
- Menambahkan penghayatan dan menimbulkan perasaan tanggungjawab
terhadap ajaran islam secara peribadi dan jemaah.
terhadap ajaran islam secara peribadi dan jemaah.
- Membina generasi Islam yang menegakkan akhlak islamiah dalam diri dan sensitif terhadap segala perkara yang tidak islamik.
- Menghubungkan anggota secara langsung dengan AlQuran dan sunnah.
- Mengikhlaskan diri dalam mencari keredhaan Allah.
- Menyediakan tenaga yang benarbenar
berkemampuan berketerampilan untuk bergerak demi kepentingan islam.
berkemampuan berketerampilan untuk bergerak demi kepentingan islam.
- Mengukuhkan perasaan bersaudara dan memupuk semangat bertindak
secara berjemaah secara tidak langsung
secara berjemaah secara tidak langsung
Islam sangat mementingkan adab. Makan pun ada adab-adabnya. Begitu juga dalam berusrah. Ada adab-adab yang perlu kita patuhi agar usrah kita dirahmati Allah.
Adab Usrah :
- Ikhlas
- Menepati Masa
- Suci(Berwudhuk)
- Beritahu Naqib@Naqibah jika tidak hadir
- Bersedia dari segi mental dan perlakuan
- Membawa alat tulis
- Mengukuhkan Ukhuwah
- Menuntut Ilmu
- Duduk bersopan
- Fatihah dan Selawat
- Menyampaikan kepada orang lain(yang tidak hadir)
- Bertanya dengan izin
- Mencelah apabila sangat perlu
- Mengawal suara
- Tenang dan serius
- Berusaha mengenali sahabat
- Membaca tasbih kafarah dan surah al-asr
- Bersalaman
- Menjaga rahsia jemaah
Rukun Usrah :
- Taaruf - berkenalan
- Tafahum – bersefahaman
- Ta’awun – tolong-menolong
- Takaful – menjaga kebajikan
- Kebersamaan
- Kepercayaan
- Keterbukaan
- Kerahsiaan
- Adab (bercakap & ikhtilat)
Usrah merupakan satu mekanisme pembentukan diri, kumpulan dan penyatuan umat Islam yang sangat penting demi mewujudkan kesatuan dalam pemikiran
dan tindakan. Kekuatan umat Islam zaman Nabi Muhammad SAW dibentuk
terlebih dahulu melalui usrah, iaitu dijana hati mereka dengan kekuatan iman
dan takwa.
dan tindakan. Kekuatan umat Islam zaman Nabi Muhammad SAW dibentuk
terlebih dahulu melalui usrah, iaitu dijana hati mereka dengan kekuatan iman
dan takwa.
No comments:
Post a Comment