Monday, August 18, 2014

PROGRAM KURSUS KEPIMPINAN PELAJAR ISLAM (KKPI)


Alhamdulillah selesai jugak program yang dijalankan selama tiga hari dua malam berjalan dengan baik. Selama tiga hari tanpa disedari dapat mebina semangat ukhuwah ahli-ahli pepias dan memupuk semangat pelajar-pelajar di sekitar selangor untuk terus berjuang dalam menegakkan islam di persada negeri. KKPI ialah nama singkatan kursus kepimpinan pelajar islam dengan bertemakan KHALIFAH ULUL ALBAB PENCETUS KHAIRA UMMAH menjadi sinonim dalam masyarakat sekarang.


GAMBAR AKTIVITI YANG SEDANG DIJALANKAN






#KKPI14
#PEPIAS
#GPHU









Tuesday, August 5, 2014

GATHERING RAYA (GAYA)

Salam Syawal kepada semua yang singgah ke blog PEPISANG, Dengan setulus ikhlas kami  menjemput rakan-rakan untuk sama-sama memeriahkan majlis di samping mengeratkan silaturrahim sesama kita ke Majlis GATHERING RAYA 



#GPHU
#PEPISANG

Friday, July 25, 2014

SALAM AIDILFITRI



Bulan Ramadhan berlalu pergi. Menjemput kedatangan bulan kemenangan iaitu bulan Syawal.
Dikesempatan yang diberi, kami warga PEPIAS AMPANG ingin menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf atas segala silap dan salah dan juga atas segala kekasaran bahasa dan kekurangan diri..
Moga Allah masih temukan kita dengan bulan Ramadhan yg mulia ini..
Kepada yang pulang berhari raya di kampung. berhati-hati di jalan raya. Jangan lupa baca doa naik kenderaan ya :)

#SELAMATHARIRAYA
#MAAFZAHIRBATIN
#KOSONGKOSONG

Thursday, July 24, 2014

KEHEBATAN SENJATA ISRAEL...


Iron Dome
Teknologi penangkis roket, Iron Dome dianggap oleh Israel sebagai senjata paling ampuh untuk meminimumkan kerosakan dan kematian akibat hentaman roket milik Hamas, al-Qassam. Teknologi yang dibangunkan oleh firma Rafael Advanced Defence Systems menggunakan teknologi radar dan sensor automatik. Sistem pertahanan terbaru milik Israel ini dicipta untuk menangkis roket jarak dekat dan mortar 155 mm  yang mana mampu mencapai jarak 70 kilometer. Kelebihan Iron Dome adalah mampu beroperasi pada waktu siang dan malam dan mempunyai ketahanan di keadaan cuaca yang buruk. Senjata ini sangat responsif apabila mampu memberi tindakbalas hanya dalam beberapa detik.
Iron Dome direka dengan mempunyai tiga elemen pusat:
  • Pengesanan & Penjejakan Radar: Sistem radar dibina oleh ELTA, sebuah syarikat pertahanan Israel.
  • Pengurusan & Kawalan Senjata Pertempuran (BMC): pusat kawalan yang dibina oleh mPrest Systems, sebuah syarikat perisian Israel.
  • Penembakan Misil Unit: unit pelancaran peluru berpandu pemintasTamir, dilengkapi dengan sensor elektro-optik dan sirip boleh ubah untuk pergerakan pantas. Peluru berpandu ini dibina oleh syarikatRafael Advanced Defence Systems.
Iron Dome adalah gelaran kepada “Dual-Mission Counter Rocket, Artillery and Mortar and Very Short Range Air Defense System“. Ia telah dicipta pada tahun 2007 setelah Israel menerima banyak hentaman roket daripada Hamas daripada jalur Gaza. Radar milik Iron Dome berfungsi dengan radius hampir 40 batu. Apabila sebarang ancaman roket dikesan, informasi tersebut akan dihantar ke Pengurusan Tempur dan Trak Pengawal. Di sini, informasi tersebut akan dinilai samada untuk menangkis atau membiarkan sahaja roket tersebut meletup. Jika informasi tersebut dinilai sebagai satu ancaman, data tersebut akan dihantar pula ke Unit Penangkis di mana Pelancar Roket yang diprogramkan akan serta merta memberi isyarat untuk aktif. Roket yang dilancarkan akan mengesan roket milik Hamas berdasarkan sensor haba yang dipasang khas di badannya. Menurut Israel Defensive Force(IDF), kadar ketepatan Iron Dome begitu tinggi iaitu mencapai 90%. Ia menutup kritikan pelbagai pihak yang mengatakan Iron Dome terlalu mahal terutama dibandingkan dengan roket Hamas yang setiap satu hanya berharga $800.
Roket al-Qassam
Roket al-Qassam adalah senjata utama milik Briged al-Qassam iaitu cabang utama parti pemerintah Gaza, Hamas. Roket al-Qassam mempunyai beberapa kategori berbeza iaitu al-Qassam I, al-Qassam II, al-Qassam III dan al-Qassam IV. Dianggap sebagai senjata moden tapi primitif oleh Israel dan sekutunya Amerika Syarikat, roket ini dianggap lebih kepada bunga api daripada roket pemusnah. Namun, hakikatnya roket ini begitu sofitikated sebagai senjata pemusnah terutama apabila ia tepat mengenai sasaran. Ia diakui oleh Kolonel Richard Kemp daripada Royal United Servises Institute.
“They are cheap, basic but nonetheless effective, they are not the fireworks that people sometimes say they are. They are very effective if they hit their target.”
Qassam I:
Roket ini mempunyai berat  77 pound, mempunyai diameter 4.5 inci, panjang 6 kaki serta mampu mencapai jarak maksimum 1.86 batu. Kepala peledaknya adalah seberat 18 pound. Sasaran utama adalah Sderot dan sekitarnya. Setakat ini, roket Qasssam I adalah roket paling banyak digunakan untuk membalas serangan rejim zionis.

Qassam II:

Roket ini mempunyai berat  88 pound, mempunyai diameter 4.5 inci, panjang 6 kaki serta mampu mencapai jarak maksimum 4.35 batu. Kepala peledaknya adalah seberat 8.8 pound. Sepertimana Qassam I, Qassam II digunakan untuk menghentam wilayah Sderot dan sekitarnya.

Qassam III:

Roket ini mempunyai berat  110 pound , mempunyai diameter 4.5 inci, panjang lebih 8 kaki dan mampu mencapai jarak maksimum sehingga 6.21 batu. Qassam III mengandungi peledak seberat 17.6 pound. Qassam III mampu mencapai sasaran sehingga ke Askelon dan kawasan sekitarnya.
Qassam IV:
Roket ini mempunyai berat  daripada 88 hingga 110 pound , mempunyai diameter sebanyak 4.5 inci, panjangnya lebih 8,5 kaki dan mampu mencapai jarak maksimum 9 batu bahkan ada yang mencapai lebih jauh daripada itu. Kepala peledaknya mempunyai berat sehingga 22 pound. Qassam IV mampu mencapai Ashkelon dan mempunyai kekuatan dalam pencapaian jarak dengan teknologi yang semakin membangun.

Perkembangan seterusnya
Dengan bantuan dana Amerika Syarikat tanpa henti, Israel sedang melalui proses pembinaan sistem penangkis roket yang dikenali Sistem Pertahanan Pelbagai Lapisan (Multi-Layered Defence Systems) iaitu David’s Sling atauMagic Wand. Sistem ini bertindak untuk menangkis dan memintas roket jarak sederhana dan bakal beroperasi secara efektik pada tahun 2015. Secara mudah, Sistem Pertahanan Pelbagai Lapisan merangkumi sistem penangkis roket pelbagai jarak iaitu jarak dekat, jarak sederhana dan jarak jauh. Iron Dome adalah sistem pertahanan lapisan pertama yang telah digunapakai sekarang.
Dalam menangani kemungkinan roket jarak jauh milik Iran, Israel dalam pembinaan teknologi penangkis roket jarak jauh yang dikenali Arrow 2 danArrow 3. Firma terkenal daripada Amerika Syarikat iaitu U Boeing berkerjasama dangan Israel Aerospace Industries (IAI) untuk melengkapkan sistem pelbagai lapisan iaitu ‘lapisan’ terakhir yang mensasarkan roket jarak jauh.
Apabila siapnya Arrow 2 dan Arrow 3, maka sistem pertahanan pelbagai lapisan yang ‘dicipta’ oleh Israel dan Amerika Syarikat yang semata-mata untuk mempertahankan tanah haram Israel akan lengkap sepenuhnya. Dengan itu, lapisan imaginasi akan menggunakan penangkis misil Iron Dome di lapisan pertama, lapisan kedua pula menggunakan penangkis misilMagic Wand dan lapisan terakhir akan menggunakan penangkis misil Arrow 2 dan Arrow 3.
Di pihak Hamas pula, pengkaji dan penganalisis perang daripada Barat terutama pro-Zionis menganggap Hamas sebagai paksi utama pangganas.  Namun, hakikatnya Hamas yang kemudiannya Briged al-Qassam, tertubuh sebagai tindak balas terhadap aksi kejam rejim Israel terhadap masyarakat Islam Palestin.
Hamas dan Briged al-Qassam bergantung sepenuhnya dengan keberanian pejuangnya menyeludup masuk peralatan keperluan perang melalui terowong-terowong tikus di sekitar jalan masuk Mesir dan Gaza.
Beberapa penganalisi mendakwa Iran dan Rusia adalah pengimport utama peralatan dan kelengkapan perang kepada Hamas dan Briged al-Qassam. Dakwaan tersebut mungkin ada benarnya apabila Iran dan Rusia sering dilihat menyebelahi Palestin apabila berlaku krisis Palestin-Israel.
Dengan pembelian teknologi daripada Rusia, Hamas telah mampu untuk memiliki roket berjarak lebih jauh daripada roket temporari al-Qassam.
Roket ini adalah kembar kepada roket Katyusha milik Rusia yang dikenali sebagai roket Grad. Roket ini mampu mencapai jarak sehingga 12.75 km hingga 20 km. Roket Grad yang diubahsuai mampu mencapai sasaran 48km daripada titik perlancarannya. Ini bermakna roket ini berkemampuan untuk memusnahkan sasaran di Ashdod, Kiryat Gat, Barsheva dan Yavne. Setiap wilayah tersebut mempunyai populasi lebih 30,000 orang penduduk kecuali Yavne.
Miskipun berfahaman Syiah, Iran adalah satu-satunya negara Islam yang menunjukkan sokongan dengan memberi bantuan senjata kepada pejuang Hamas. Roket Hamas seperti roket Fajr adalah buatan Iran yang dieksport khas ke Gaza.
Kemampuan roket Fajr sangat mengujakan. Kuasa ledakan cukup untuk memusnahkan kawasan di bandar yang berkepadatan tinggi di Israel seperti Tel Aviv(405,000), Rishon Lezion(232,500) dan Be’er Sheva(196,500). Generasi Fajr terbaru iaitu Fajr-5 dikatakan dalam pembinaan di sekitar lokasi rahisa Palestin. Menurut laporan risikan Israel dan CIA, pembinaan Fajr-5 dilakukan secara sulit dan dibina sepenuhnya di bawah tanah. Kuasa lonjakan roket Fajr-5 mampu mencapai jarak 75km hingga 80km daripada titik pusat perlancarannya.
Kos yang tinggi
Kemampuan roket Hamas berbanding penangkis misil balistik Iron Domeadalah berdasarkan kepada kos pembinaan setiap satu. Sebuah roket milik Hamas hanya berharga $800 manakala sebuah roket penangkis Iron Domemasing-masing berharga $50,000 setiap buah.Ini bermakna setakat hari Khamis yang lalu sejak krisis Gaza bermula, Hamas telah melancarkan 250 buah roket ke bandar-bandar di Israel. Roket Hamas telah berjaya dipintas sebanyak 90 buah oleh Iron Dome. Hamas telah mengalami kerugian sebanyak $72,000 manakala Israel telah membelanjakan sebanyak $4.5 juta untuk menangkis serangan roket Hamas.
Baki 160 buah roket milik Hamas tidak dipintas oleh Iron Dome kerana roket tersebut didakwa jatuh ke tanah lapang, kebun dan laut. Hakikatnya, mereka tidak mampu untuk memintas keseluruhan roket milik Hamas dek kerana setiap satu roket pemintas berharga 60 kali ganda daripada sebuah roket Hamas.
Ironinya, Israel yang bercakap besar mengenai kekuatan dan ketepatanIron Dome telah menerima tamparan apabila tiga rakyat mereka maut dan ramai lagi cedera akibat hentaman roket .
Surah Fussilat ayat 30 : 
Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata: "Tuhan kami ialah Allah", kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul, akan turunlah malaikat kepada mereka dari semasa ke semasa (dengan memberi ilham): "Janganlah kamu bimbang (dari berlakunya kejadian yang tidak baik terhadap kamu) dan janganlah kamu berdukacita, dan terimalah berita gembira bahawa kamu akan beroleh syurga yang telah dijanjikan kepada kamu.

Sekian Dari Biro Media






Wednesday, July 9, 2014

ADAKAH ANDA TAHU??

                           Assalamualaikum... ha hari ini sedikit perkongsian ilmiah... mungkin ada yang dah tahu cerita ini. Mungkin kita semua tahu tanda-tanda kematian seseorang dalam beberapa peringkat atau tidak tahu?? woho!! . Tanda-tanda kematian bukan sahaja manusia, mahluk lain jugak mempunyai tanda kematian. Contohnya tanda-tanda kematian seekor semut... Jomm..baca :D

        Ketika seekor semut mati, teman-teman yang satu sarang dengannya bisa segera mengetahuinya. Oleh karena itu, resiko penyerangan terhadap koloni semut bisa sedikit dikurangi. Namun bagaimana semut bisa tahu bahwa temannya akan mati?
Adalah suatu teori ilmiah yang menjelaskan hal ini. Semut mati melepaskan zat kimia yang dihasilkan oleh dekomposisi seperti asam lemak yang memberitahukan tanda kematian pada koloni semut lainnya.


Namun teori ini kemudian terbantahkan oleh hasil riset terbaru, Dong Hwan Choe.
“Semut bisa mengetahui temannya akan mati karena adanya mekanisme berbeda yang tersembunyi di balik necrophoresis yang menyingkirkan salah satu semut pada suatu koloni dalam satu sarang yang sama”, kata Choe seperti dikutip dari Live Science, Kamis, 7 Mei 2009.
Kematian atau zat mati. Sementara semut hidup selain memiliki zat tersebut, juga memiliki zat kimia lain yang berhubungan dengan kehidupan atau disebut dengan ‘zat hidup’.


Ketika seekor semut mati, tingkat zat hidup mereka akan berkurang atau bahkan menghilang sama sekali, sehingga yang tersisa hanyalah zat mati.
Jadi hal ini dikarenakan semut yang mati tidak lagi mengeluarkan bau yang sama dengan semut yang hidup, bukan karena mereka mengeluarkan zat baru pada saat setelah mereka mati“, akhiri Choe.



Sekian dari Biro Media  :D



Thursday, February 13, 2014

Pengisian Jiwa

USRAH MINGGUAN HELWANI : TAUTAN HATI (TAUHA)

TAJUK USRAH : KEFAHAMAN YANG MENDALAM MENGENAI USRAH
NAQIBAH : UMMUL IZZATIN MARDHIAH BINTI AB. GHAFAR
TARIKH : 15 JANUARI 2014
TEMPAT : SURAU KOLEJ MULTIMEDIA KUALA LUMPUR

Bismillahirrahmanirrahim.. 
dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang..

Alhamdulillah pada 15 Januari 2014, Persatuan Remaja Muslim Pepias 
Ampang sempat mengadakan Usrah Helwani iaitu Tautan Hati(TAUHA). TAUHA dimulakan dengan Al-Mathurat dan 

Tajuk kali ini pasal Usrah..
Usrah lagi..bukan sudah dibincangkan dalam REHAT ke??
InsyaAllah yang ini lebih terperinci dan terkesan pada rohani..

Apa itu usrah?? Usrah dari segi bahasa ialah keluarga. Manakala dari 
segi istilah ialah kumpulan mukmin yang beriman dengan agama 
islam, berusaha dan tolong-menolong di antara satu sama lain untuk 
memahami dan menghayati Islam berdasarkan kepada perintah Allah.

Dalam surah al-Maaidah ayat 2 Allah berfirman yang bermaksud :

“ Dan hendaklah kamu bertolong-tolong untuk membuat kebajikan dan bertakwa dan janganlah kamu bertolong-tolong dalam membuat dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan 
bertaqwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaan-Nya (bagi sesiapa yang melanggar perintahnya)”.

Dari mana mulanya usrah ini? 
Pembetukan usrah yang pertama dilaksanakn oleh Rasulullah s.a.w ialah di rumah al-Arqam bin Abi Arqam. Rasul mengajar mereka yang hadir setiap ayat Quran yang 
diturunkan. Baginda juga menekankan proses pembinaan sifat-sifat luhur seperti baik hati,amanah, bertanggungjawab, bercakap benar, berani dan sebagainya di dalam diri para sahabat.(Membentuk aqidah). Usrah ini juga telah dipopularkan oleh Ikhwatul 
Muslim. Usrah ini juga boleh dikatogerikan sebagai roh dakwah dalam 
hati (adab dan niat).






Apa yang lebih penting perlu difahami ialah usrah itu sendiri adalah 
perbincangan ilmu dan proses belajar bersama. Ahli usrah mestilah mempunyai budaya mendahagakan ilmu  yang tinggi dan semua ilmu yang didasari dengan sumber-sumber yang dipastikan sahih dan perlu dibawa serta dikongsikan untuk merancakkan lagi perbincangan di dalam usrah agar dapat lebih menambahkan kefahaman semua.Minda yang mengharapkan usrah sebagai majlis ilmu paling utama adalah silap jika mereka tidak mencari ilmu dari luar usrah untuk dikongsikan dalam usrah dan menunggu usrah seterusnya tanpa menimba ilmu berkaitan dengan perbincangan dalam usrah. 


Monday, February 10, 2014

Pertemuan Hati


USRAH MINGGUAN GABUNGAN : REFLEKSI HATI (REHAT)

TAJUK USRAH : PENGENALAN USRAH
NAQIB : ALLHAJJ BIN AZMAN
TARIKH : 8 JANUARI 2014
TEMPAT : BLOK LO4, KOLEJ MULTIMEDIA KUALA LUMPUR

Alhamdulillah pada tanggal 8 Januari 2014 bersamaan 6 Rabiul Awal 1435 
Hijrah yang lalu, Persatuan Remaja Muslim Pepias Ampang (PRM PEPISANG)
berpeluang mengadakan Usrah Gabungan iaitu Refleksi Hati (REHAT). REHAT dimulakan dengan bacaan AlMathurat yang diketuai oleh 
Saudara Allhajj Bin Azman. Tajuk yang dibincangkan adalah berkenaan dengan Pengenalan Usrah. 
Seramai 16 orang yang dapat bersama – sama dalam REHAT ini.


Terdapat beberapa ilmu yang menarik dan kata kunci yang membuatkan
seorang pencatat akan terus mencatat di dalam buku catatannya.


Di sini akan dikongsikan serba sedikit ilmu yang diperoleh oleh wakil yang hadir.







Maksud Usrah??
Usrah = Keluarga(firman Allah SWT: “Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu bersaudara,” (al-Hujurat: 10))
Natijah akhirnya, adalah melahirkan kesatuan pemikiran (fikrah) agar 
cita-cita Islam dapat dicapai.

 Dalam kehidupan kita mesti ada tujuan atau matlamat. Kalau kita tidak letakkan tujuan kita, hidup kita ibarat layang-layang yang putus talinya. Kita mesti kerap tanya pada diri, apa tujuan kita dalam melakukan sesuatu agar benda itu tidak menjadi sia-sia.
Dalam berusrah juga, kita mesti ada tujuan dan hala tuju kita. Jadi antaranya ialah:

Tujuan Usrah :
Meningkatkan kefahaman jemaah terhadap Islam.
Menambahkan penghayatan dan menimbulkan perasaan tanggungjawab 
terhadap ajaran islam secara peribadi dan jemaah.
Membina generasi Islam yang menegakkan akhlak islamiah dalam diri dan sensitif terhadap  segala perkara yang tidak islamik.
Menghubungkan anggota secara langsung dengan AlQuran dan sunnah.
Mengikhlaskan diri dalam mencari keredhaan Allah.
Menyediakan tenaga  yang benarbenar
berkemampuan berketerampilan untuk bergerak demi kepentingan islam.
Mengukuhkan perasaan  bersaudara dan memupuk semangat bertindak
 secara berjemaah  secara tidak langsung



 Islam sangat mementingkan adab. Makan pun ada adab-adabnya. Begitu juga dalam berusrah. Ada adab-adab yang perlu kita patuhi agar usrah kita dirahmati Allah.


Adab Usrah :
Ikhlas
Menepati Masa
Suci(Berwudhuk)
Beritahu Naqib@Naqibah jika tidak hadir
Bersedia dari segi mental dan perlakuan
Membawa alat tulis
Mengukuhkan Ukhuwah
Menuntut Ilmu
Duduk bersopan
Fatihah dan Selawat
Menyampaikan kepada orang lain(yang tidak hadir)
Bertanya dengan izin
Mencelah apabila sangat perlu
Mengawal suara
Tenang dan serius
Berusaha mengenali sahabat
Membaca tasbih kafarah dan surah al-asr
Bersalaman
Menjaga rahsia jemaah


Rukun Usrah :
Taaruf - berkenalan
Tafahum – bersefahaman
Ta’awun – tolong-menolong
Takaful – menjaga kebajikan
Kebersamaan
Kepercayaan
Keterbukaan
Kerahsiaan
Adab (bercakap & ikhtilat)


Usrah merupakan satu mekanisme pembentukan diri, kumpulan dan penyatuan umat Islam yang sangat penting demi mewujudkan kesatuan dalam pemikiran
dan tindakan. Kekuatan umat Islam zaman Nabi Muhammad SAW dibentuk 
terlebih dahulu melalui usrah, iaitu dijana hati mereka dengan kekuatan iman 
dan takwa.

Sunday, January 19, 2014

welcomeBackPepisang

Assalammualaikum warahmatullah :) 


PEPISANG dengan kelebaran sayap yang baru, memuatkan hampir 25 penumpang yang mana 7 orang daripadanya adalah pilot manakala selebihnya pula pewaris generasi ummah, telah pun selamat mendarat  atau dengan erti kata lain pendaratan welcome back. Kembali dengan semangat, matlamat dan pastinya inspirasi baru bersama pelapis  new young generations. Alhamdulillah, hebatnya takdir apabila pertemuan itu diakhiri dengan silaturrahim. Sesuatu yang pastinya akan memenuhi ruang, minda serta persoalan tentang siapakah gerangan si pemimpin yang bakal meneraju bahtera baru bagi cawangan Ampang untuk tahun ini. Orang kata tak kenal maka tak cinta. Tapi ingin saya ubah sedikit frasa tersebut menjadi, TAK TA'ARUF MAKA TAKKAN ADA SILATURRAHIM. Haaa, gitu. Baiklah, sebelum saya memperkenalkan pimpinan pada kali ini, dengan berlapang hati ingin saya memberitahu anda anda semua bahawa induksi untuk pimpinan kali ini telah pun berlangsung dan seterusnya mencapai tahap kepuasan maximum bagi semua yang menyertai terutamanya bagi diri kami sendiri. So, agak-agak ada tak retreat lepasni ? *krik krikk* 
         Inshaa Allah, dengan pelbagai aktiviti dan perancangan yang dirangka oleh biro-biro terlibat, aktiviti yang bakal dijadualkan dan seterusnya dilaksanakan bagi tahun ini boleh saya katakan, agak  kebaboom mampatnya. Oleh sebab itu, ingin saya tekankan bahawa persediaan mental dan fizikal kami sudah pasti dan semestinya dicabar baik dari segi penyediaan apatah lagi perlaksanaan. Tak dinafikan induksi banyak memberi impak serta kesan positif terutamanya dalam perkongsian maklumat, sumbangan idea yang fresh fresh dan tak kurang juga dengan ideologi masing-masing. Hal ini dapat dibuktikan apabila hasil gabungan bersama biro & pemimpin dalam merangka plan strategi aktiviti tahunan masing-masing. Induksi sebenarnya jika dilihat dari perspektif luar daripada polar pemikiran normal, ia merujuk kepada konsep mengenal antara satu sama lain, atau dengan erti kata yang sebenar, " I know you, your behave, your characters, your rules and most of all is, I know who you're , yourself." Kenal siapa ahli dalam kumpulan, iaitu kenal bukan sekadar tahu nama penuh, umur, makanan kegemaran, suka warna apa, tinggal dimana dan pelbagai-bagai lagi soalan cliche biodata kanak-kanak seusia 6 tahun. Induksi adalah medan, medan bagi pembentukan dan penyatuan pendapat gabungan hasil idea kronologi menjadi satu persetujuan sebulat suara. Thats how new shapes of new empire begin. Suatu nilai estetika biasa yang sepatutnya diterap dalam pimpinan kerana sesuatu yang dilihat biasa-biasa itu, jika dibiarkan begitu sahaja akibatnya bisa dilihat dalam suatu jangka masa panjang kehadapan terutama dalam kelompok pimpinan itu sendiri. Konklusinya, ingin saya simpulkan bahawa betapa pentingnya setiap individu untuk kenal setiap ahli biro masing-masing dan betapa pentingnya peranan induksi itu sendiri dalam mengeluarkan mutiara-mutiara yang tersembunyi disebalik topeng opera. Kerana, seampuh dan setinggi manapun sesebuah bangunan itu bukan dilihat dari mana ia berasal, tetapi bagaimana ia dibina dan atas alasan apa ia didirikan. Begitu juga PEPISANG. Punya misi, visi dan pastinya dengan kepadatan matlamat yang jelas.



Ingin mengenali siapakah gerangan pimpinan yang telahpun secara rasminya dipilih diantara yang terpilih?

JENG JENG JENG JENG !! 

p/s : Nantikan dalam episod INTRODUCTION OF PILOT AND THE GANG pepisang yang akan datang. Keep up your smile and hold tight your faith. Till we meet again nextweek. Salam perkenalan dan salam ukhuwah buat semua :)