Tuesday, March 29, 2011

Kasih sayang Allah.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.


oleh : Edi Rozaidi Jamaludin

Alhamdulilah, bersyukur ke hadrat Allah S.W.T. kerana memberi nikmat nyawa kerana membenarkan kami dipilih sebagai mereka yang menghadiri Usrah Wida' Pepisang. Lebih nikmat lagi apabila Allah telah memperlihatkan ukhwah yang terjalin antara satu sama lain. Sebelum meneruskan dengan lebih panjang, tajuk usrah pada 28/03/2011 adalah : 1) Ar-Rahman dan 2) Menjaga iman dikala kejatuhan iman.


Thursday, March 24, 2011

Malaikat Jibril AS, Kerbau, Kelawar & Cacing

Suatu hari Allah SWT memerintahkan malaikat Jibri AS untuk pergi menemui salah satu makhluk-Nya yaitu kerbau dan menanyakan pada si kerbau apakah dia senang telah diciptakan Allah SWT sebagai seekor kerbau. Malaikat Jibril AS segera pergi menemui si Kerbau.

Di siang yang panas itu si kerbau sedang berendam di sungai. Malaikat Jibril AS mendatanginya kemudian mulai bertanya kepada si kerbau, "hai kerbau apakah kamu senang telah dijadikan oleh Allah SWT sebagai seekor kerbau". Si kerbau menjawab, "Masya Allah, alhamdulillah, aku bersyukur kepada Allah SWT yang telah menjadikan aku sebagai seekor kerbau, dari pada aku dijadikan-Nya sebagai seekor kelawar yang ia mandi dengan kencingnya sendiri". Mendengar jawaban itu Malaikat Jibril AS segera pergi menemui seekor kelawar.

Wednesday, March 23, 2011

Tazkirah Terbuka Buat Para Tholibul 'Ilm (Penuntut Ilmu)

by Zuhairi Zainuddin on Saturday, 12 March 2011 at 19:31

Pening kepala melihat 8 jenis akhlak penuntut ilmu:
  1. Terlalu keras dalam keyakinannya dan meremehkan pandangan orang lain secara keseluruhan.
  2. Memaksa orang lain mengikut cara dan pendapatnya semata. Sedangkan tugas dai'e hanyalah menyampaikan dan mad'u itu ada haq untuk memilih. Hakikatnya hidayah itu daripada Allah, bukan dirinya.
  3. Menghukumi manusia secara generalisasi, contohnya 'kalau muslim itu tersilap maka dia akan sentiasa ditolak', sedangkan kerja penilaian secara total itu adalah hak Allah ta'ala.
  4. Dirinya belum belajar agama dengan cukup mendalam dan tersusun sepertimana dipelajari graduan agama di madrasah dan universiti, tetapi cenderung berkeras dan tertutup mindanya. 
  5. Mentaliti ekstrim, minda tertutup, taksub kepada pendapat gurunya dan tidak mahu menilai kata-kata guru lain.

Tuesday, March 22, 2011

Jodoh : Mencari Pasangan


Saya tertarik dengan satu soalan yang dibawakan oleh seorang user komuniti.iluvislam berkenaan jodoh.
Persoalannya, "Betulkah kita hanya menanti si bulan (si dia) yang bernama jodoh? Usaha tidak perlu ke?"
Pada mulanya saya tersenyum.
Yelah, lagi-lagi jodoh. Lagi-lagi isu jodoh.
Namun, setelah saya fikir-fikirkan kembali. Soal jodoh ini bukan suatu soal yang boleh diremeh-remehkan sebenarnya. Saya kira, hampir setiap dari manusia itu akan melalui satu tahap di mana mereka akan mula memikirkan tentang persoalan jodoh.

Mencari pasangan sempurna.




Saya telah mengembara di seluruh dunia mencari wanita sempurna.
Selepas 10 tahun mencari, saya akhirnya kembali ke rumah.
Sahabat karib saya bertanya kepada saya :
–Jadi, kau dah jumpa wanita sempurna itu?
Saya beritahu dia
Saya jumpa wanita paling Cantik di bahagian Selatan. Matanya seperti batu permata, rambutnya seperti rantai emas dan badannya seperti badan seorang dewi.
Sahabat karib saya kelihatan ghairah:
–Wahai sahabatku, sudahkah engkau memperisterikannya? –Malangnya tidak. Sedihnya dia tidak Sempurna kerana dia seorang yang miskin.
Jadi saya terus mencari di Utara dan akhirnya bertemu dengan seorang wanita yang sangat Kaya. Kekayaannya mengalahkan harta setiap wanita di dunia ini yang digabung. Wanita itu tidak sedar betapa banyaknya hartanya.
–Jadi, inilah yang dikatakan wanita Sempurna betul?
–Tidak, jawab saya. Wanita itu adalah makhluk paling hodoh yang pernah saya jumpa dalam hidup saya.
Akhirnya, saya meneruskan perjalanan ke Timur dan di situ saya terjumpa dengan seorang wanita yang bijak, cantik dan mempunyai harta. Dia sangat sempurna…
Jadi, adakah kau sudah memperisterikannya? Tanya sahabatku.
Tidak, sebab malangnya dia terlalu Sempurna sehinggakan dia hanya memilih lelaki sempurna untuk bersamanya.
———————————–
Apabila kita asyik mencari kesempurnaan, selalunya kita akan berdepan dengan…kekecewaan. Kita sendiri belum cukup sempurna mengapa kita mengharapkan kesempurnaan dari insan lain?
Fikirkan : Bukankah kita akhirnya telah menjumpai Kesempurnaan apabila kita Berhenti dari terus mencari?



Wednesday, March 9, 2011

Sedarkah siapa malaikat kita didunia ini?





Malaikatmu.....


Suatu hari seorang bayi siap untuk dilahirkan ke dunia...

Dia bertanya kepada Tuhan : " Para malaikat disini mengatakan bahawa besok Engkau akan mengirimkan saya kedunia, tetapi bagaimana cara saya hidup disana; 
saya begitu kecil dan lemah ?"

Dan Tuhan menjawab: "Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Ia akan menjaga dan mengasihimu ."

Tuesday, March 1, 2011

Usrah PEPISANG 28/2/11; Ketepatan Masa (Punctuality)

 Jalan Gurney: Pada tanggal 28/2/2011 bersamaan dengan hari Isnin, PEPISANG telah mengadakan usrah dikalangan ahli. Usrah dimulakan dengan Magrib berjemaah. Tajuk yang dibincangkan adalah berkenaan dengan ketepatan masa. Tajuk ini telah diberikan oleh saudara Kamil Muhammad. Naqib yang membawa perjalanan usrah ini adalah Saudara Azlan. Seramai 10 orang yang dapat menghadirkan diri.

Sambutan Maulidur Rasul PEPISANG 17/2/2011




Assalamualaikum W.B.T.

Alhamdulilah, PEPISANG berjaya menamatkan program Sambutan Maulidur Rasul di Multimedia College KL. Bermula pada pukul 6.30 petang untuk dimana pelajar MMC dikehendaki untuk mendaftar dan diberikan beberapa soalan untuk dijawab. Selepas itu program disambung dengan halaqah.Majlis disambung dengan Magrib berjemaah. Kemudian, MC menceritakan tentang agenda program.