Tuesday, March 1, 2011

Sambutan Maulidur Rasul PEPISANG 17/2/2011




Assalamualaikum W.B.T.

Alhamdulilah, PEPISANG berjaya menamatkan program Sambutan Maulidur Rasul di Multimedia College KL. Bermula pada pukul 6.30 petang untuk dimana pelajar MMC dikehendaki untuk mendaftar dan diberikan beberapa soalan untuk dijawab. Selepas itu program disambung dengan halaqah.Majlis disambung dengan Magrib berjemaah. Kemudian, MC menceritakan tentang agenda program.


Aie sebagai MC :)



Kemudian, acara diteruskan dengan ucapan dari pihak kolej pula. Wakilnya adalah En. Syukur.

                          


Selepas ucapan dari wakil kolej, program disambung oleh Saudara Rozaidi yang menerangkan tentang kenapa sambutan Maulidur Rasul dibuat di MMC. Dua orang pelajar MMC disoal tentang apa yang mereka jawab di dalam kertas soalan dan jawapan mereka memuaskan. Selepas itu, ada tayangan video yang meceritakan tentang kisah Nabi Muhammad SAW sebelum baginda meninggal dunia. Ummati, ummati, ummati. Betapa sayangnya Rasulullah SAW kepada kita.

Selepas menerangkan tentang video tersebut, saat yang ditunggu-tunggu telah tiba apabila Ustaz Emran Ahmad. Ceramah beliau mendapat perhatian para hadirin kerana masa berlalu seolah-olah lambat daripada yang biasa. Pengisian yang cukup menarik dan dihangatkan dengan pelajar MMC yang sempat menanyakan beberapa soalan kepada Ustaz Emran.

Ceramah ditamatkan kira-kira 10 lebih. Para hadirin diminta untuk menunaikan solat Isyak secara berjemaah dan dihidangkan dengan kuih serta air teh tarik sebagai penutup Sambutan Maulidur Rasul 2011 di MMC. Semoga kita berjumpa lagi di program akan datang. Terima kasih kepada Presiden dan Timbalan Presiden PEPIAS Pusat yang sudi memeriahkan lagi majlis ini.



Penuh surau MMC bahagian Muslimin

Muslimat pun ramai juga.

Perbincangan tentang soalan yang diberikan.
Pendaftaran






.

1 comment:

  1. cukup bangga. saper kata kuantiti segalanya. dgn 2 3 kerat kita mampu wt prog utk 1 kolej. kualiti ni yg kita nak. Insyaallah teruskan n perbaiki. ws

    ReplyDelete