Tuesday, March 22, 2011

Mencari pasangan sempurna.




Saya telah mengembara di seluruh dunia mencari wanita sempurna.
Selepas 10 tahun mencari, saya akhirnya kembali ke rumah.
Sahabat karib saya bertanya kepada saya :
–Jadi, kau dah jumpa wanita sempurna itu?
Saya beritahu dia
Saya jumpa wanita paling Cantik di bahagian Selatan. Matanya seperti batu permata, rambutnya seperti rantai emas dan badannya seperti badan seorang dewi.
Sahabat karib saya kelihatan ghairah:
–Wahai sahabatku, sudahkah engkau memperisterikannya? –Malangnya tidak. Sedihnya dia tidak Sempurna kerana dia seorang yang miskin.
Jadi saya terus mencari di Utara dan akhirnya bertemu dengan seorang wanita yang sangat Kaya. Kekayaannya mengalahkan harta setiap wanita di dunia ini yang digabung. Wanita itu tidak sedar betapa banyaknya hartanya.
–Jadi, inilah yang dikatakan wanita Sempurna betul?
–Tidak, jawab saya. Wanita itu adalah makhluk paling hodoh yang pernah saya jumpa dalam hidup saya.
Akhirnya, saya meneruskan perjalanan ke Timur dan di situ saya terjumpa dengan seorang wanita yang bijak, cantik dan mempunyai harta. Dia sangat sempurna…
Jadi, adakah kau sudah memperisterikannya? Tanya sahabatku.
Tidak, sebab malangnya dia terlalu Sempurna sehinggakan dia hanya memilih lelaki sempurna untuk bersamanya.
———————————–
Apabila kita asyik mencari kesempurnaan, selalunya kita akan berdepan dengan…kekecewaan. Kita sendiri belum cukup sempurna mengapa kita mengharapkan kesempurnaan dari insan lain?
Fikirkan : Bukankah kita akhirnya telah menjumpai Kesempurnaan apabila kita Berhenti dari terus mencari?



No comments:

Post a Comment