Tuesday, March 29, 2011

Kasih sayang Allah.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.


oleh : Edi Rozaidi Jamaludin

Alhamdulilah, bersyukur ke hadrat Allah S.W.T. kerana memberi nikmat nyawa kerana membenarkan kami dipilih sebagai mereka yang menghadiri Usrah Wida' Pepisang. Lebih nikmat lagi apabila Allah telah memperlihatkan ukhwah yang terjalin antara satu sama lain. Sebelum meneruskan dengan lebih panjang, tajuk usrah pada 28/03/2011 adalah : 1) Ar-Rahman dan 2) Menjaga iman dikala kejatuhan iman.




Antara yang dikongsi :

  • Ar-Rahman bererti Allah Maha pemurah. Kemurahan Allah meliputi semua orang di muka bumi ini sama ada Islam atau bukan Islam. Tetapi jangan dilupai kerana Allah Maha Penyayang, Ar-Rahim, kepada umat Islam. Itulah kelebihan orang Islam.
  • Lihat didalam Surah Al-Fatihah, terdapat dua kali perkataan Ar-Rahman dan Ar-Rahim menunjukkan kita perlu bersyukur kepada Allah atas nikmat yang diberikan kepada kita.
  • Nikmat Allah tidak terkira banyaknya kerana ada sebuah kisah di mana, seorang ahli ibadah telah beribadah selama 500 tahun kepada Allah. Bila ditimbangnya amalan tersebut dengan nikmat Allah bersamaan dengan sebiji mata. Maknanya kalau dua biji mata bersamaan 1000 tahun? Belum lagi telinga, hidung, rezeki, keluarga dan lain-lain nikmat yang tidak terkira banyaknya. Masya-Allah, Subhanallah, Alhamdulilah, Allahuakbar!!!
  • Antara kelebihan yang Allah berikan kepada orang Islam boleh dilihat dalam surah as-Shaff/10-13
-"Wahai orang-orang yang beriman, sukakah kamu aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkan kamu daripada azab yang pedih? (Iaitu) kamu beriman kepada Allah dan rasul-Nya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahuinya, nescaya Allah akan mengampuni dosa-dosamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai dan (memasukkan kamu) ke tempat tinggal yang baik di dalam syurga ‘Adn. Itulah keberuntungan yang besar. Dan (ada lagi) kurnia yang lain yang kamu sukai, (iaitu) pertolongan daripada Allah dan kemenangan yang dekat (waktunya). Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang yang beriman."

Lihatlah, kita adalah hamba kepada Allah, tetapi Allah masih ingin menjalankan perniagaan dengan kita? Masya-Allah. Betapa sayangnya Allah kepada hamba-Nya iaitu kita, orang Islam. Tetapi, jika kita tidak menerima perniagaan ini kita sangat-sangat rugi. Jadi, marilah kita berniaga dengan Allah.

 Seberapa banyak pun kita minta kepada Allah, tidak akan lemah Allah, malah, Allah marah kepada orang yang tidak meminta daripada-Nya. Kalau manusia, pasti kita akan membenci kepada orang yang sering meminta kepada kita. Hebatnya Allah.

 Ayat yang sering diulang dalam Surah Ar Rahman adalah "Maka nikmat Tuhanmu yang mana kau dustakan?" Apakah maksud ayat ini? Kenapa ia diulang lebih dari tiga kali dalam surah Ar Rahman? Bacalah tafsirnya dan anda akan faham. Disini ada kelebihan surah Ar Rahman yang didapati di http://zikiribadat.blogspot.com/2010/04/keutamaan-surah-ar-rahman.html

1. Rasulullah saw bersabda: “Barangsiapa yang membaca surat Ar-Rahman, Allah akan menyayangi kelemahannya dan meridhai nikmat yang dikaruniakan padanya.” (Tafsir Nur Ats-Tsaqalayn 5/187).
2. Imam Ja’far Ash-shadiq (sa) berkata: “Barangsiapa yang membaca surat Ar-Rahman, dan ketika membaca kalimat ‘Fabiayyi âlâi Rabbikumâ tukadzdzibân’, ia mengucapkan: Lâ bisyay-in min âlâika Rabbî akdzibu (tidak ada satu pun nikmat-Mu, duhai Tuhanku, yang aku dustakan), jika saat membacanya itu pada malam hari kemudian ia mati, maka matinya seperti matinya orang yang syahid; jika membacanya di siang hari kemudian mati, maka matinya seperti matinya orang yang syahid.” (Tsawabul A’mal, hlm 117).
3. Imam Ja’far Ash-Shadiq (sa) berkata: “Jangan tinggalkan membaca surat Ar-Rahman, bangunlah malam bersamanya, surat ini tidak menentramkan hati orang-orang munafik, kamu akan menjumpai Tuhannya bersamanya pada hari kiamat, wujudnya seperti wujud manusia yang paling indah, dan baunya paling harum. Pada hari kiamat tidak ada seorangpun yang berdiri di hadapan Allah yang lebih dekat dengan-Nya daripadanya. Pada saat itu Allah berfirman padanya: Siapakah orang yang sering bangun malam bersamamu saat di dunia dan tekun membacamu. Ia menjawab: Ya Rabbi, fulan bin fulan, lalu wajah mereka menjadi putih, dan ia berkata kepada mereka: Berilah syafaat orang-orang yang mencintai kalian, kemudian mereka memberi syafaat sampai yang terakhir dan tidak ada seorang pun yang tertinggal dari orang-orang yang berhak menerima syafaat mereka. Lalu ia berkata kepada mereka: Masuklah kalian ke surga, dan tinggallah di dalamnya sebagaimana yang kalian inginkan.” (Tsawabul A’mal, hlm 117).
 Pahala lagi? Alhamdulilah.  Banyaka lagi yang boleh dikongsikan dalam tajuk Ar Rahman ini. Tetapi, mungkin boleh dibincangkan nanti. Kita masuk kepada tajuk kedua:


 Menjaga Iman di kala kejatuhan Iman.

Ketika kita menghadapi kejatuhan Iman, yang paling penting kita perlu sedar yang Iman kita sedang jatuh. Bagaimana untuk sedar? Kesedaran timbul apabila kita mengabaikan perkara yang disuruh oleh Allah. Sesungguhnya Iman seseorang boleh naik dan turun. Jadi, untuk memantapkan Iman, marilah kita mengkaji dan memahami kesemua enam rukun Iman.


1.       MAKSUD IMAN-          

  • DARI SEGI BAHASA :§         percaya-           
  • DARI SEGI ISTILAH :§         Membenarkan di hati, mengakui dengan lidah dan beramal dengan anggota 

 2.       KEPENTINGAN IMAN DALAM KEHIDUPAN SEORANG MUSLIM
-          membentuk insan muslim sejati
-          supaya istiqamah dalam ibadat
-          melahirkan generasi berakhlak mulia

Jadi, kita lihat pula rukun Iman :

  1.  Beriman kepada ALLAH SWT
  2. Beriman kepada Nabi dan Rasul
  3. Beriman kepada Malaikat-malaikat
  4. Beriman kepada Kitab-kitab
  5. Beriman kepada Hari Kiamat
  6. Beriman kepada Qada dan Qadar
6-1=0 itu adalah rukun Iman. Kita tolak salah satu rukun Iman, maka, rosaklah Iman kita. Jadi dengan memahmi rukun Iman ini, Insya-Allah, Iman kita akan bertambah. Aplikasikan Iman dengan Rukun Islam dan Ihsan. Dengan mengaplikasikan ketiga-tiga ini, pasti akan membawa kebaikan buat diri kita.


Kesimpulannya, orang Islam sangat beruntung. Janganlah kita mudah kecewa kerana Allah sentiasa bersama kita. Sentiasa bersabar dan bersyukur. Semoga Allah merahmati umat Islam.


Wallahualam.





No comments:

Post a Comment