PENDAHULUAN
Pendekatan PEPIAS dalam berdakwah melalui program-program sekolah, sangat menitikberatkan pemantapan ahli dari sudut fasilitator dan pengurusan program.Exco Latihan dan Kepimpinan PEPIAS mengambil satu langkah untuk memperkasakan ahli-ahli PEPIAS dengan mengadakan sebuah program latihan asas kefasilitatoran dan pengurusan program (LAKEP) bertujuan memastikan ahli PEPIAS mempunyai kemahiran dalam bidang fasilitator.
Selain itu, ahli mampu belajar bagaimana cara untuk berdakwah kepada golongan-golongan yang tertentu sekaligus menjadi seorang fasilitator muslim.
Dengan program ini, PEPIAS dapat melahirkan ahli yang mempunyai keyakinan diri serta mampu berdakwah dalam memastikan misi dan visi PEPIAS tercapai kelak. Program ini akan menerangkan tentang apa itu fasi, modul, latihan dalam kumpulan serta cara untuk menguruskan program. Lantaran itu, setiap ahli PEPIAS akan menjadi seorang ahli yang berkemahiran dan mampu untuk terus berdakwah dan belajar lebih banyak ilmu di masa akan datang.
MATLAMAT AKHIR PROGRAM INI
Peserta akan menjadi ahli PEPIAS yang lebih memahami tentang cara pendekatan PEPIAS dari sudut fasilitator dan pengurusan program.
OBJEKTIF
Selepas mengikuti program ini peserta akan dapat;
- Mempelajari kemahiran dalam bidang fasilitator dan pengurusan program secara teori dan praktikal.
- Menjadi seorang fasilitator muslim yang mampu berdakwah kepada peserta-pesera program di sekolah serta masyarakat.
- Mampu menjadi penyumbang kepada masyarakat sekaligus membantu untuk mencapai visi PEPIAS
TARIKH PERLAKSANAAN
25-27 Februari 2011.
TEMPAT PERLAKSANAAN (CADANGAN)
Kem Rimba Ria Suara Hutan, Sg. Congkak, Hulu Langat, Selangor
SASARAN PESERTA
70 orang peserta yang terdiri di kalangan ahli PEPIAS
PIHAK PENGANJUR
Exco Latihan dan Kepimpinan Persatuan Pelajar Islam Selangor Darul Ehsan (PEPIAS).
MODUS OPERANDI
Pengisian program menjurus kepada konsep asas kefasilitatoran dan pengurusan program. Kepelbagaian pendekatan yang akan digunakan adalah seperti berikut:
- Konsep Ta’aruf, Ice- Breaking, dan Mind- Setting akan ditekankan dalam pembentukan kumpulan dan Latihan Dalam Kumpulan (LDK) 1.
- Pengenalan kepada Fasilitator, Modul, dan LDK akan dijalankan dan dirangkumkan dalam Latihan Dalam Kumpulan 2 dan 3.
- Kemahiran Komunikasi dan Pengurusan Program akan dilaksanakan dalam Latihan Dalam Kumpulan 4.
- Latihan Dalam kumpulan terdiri daripada 10 orang peserta bersama seorang jurulatih PEPIAS.
- Roleplay dilaksanakan untuk mengaplikasikan teori yang telah dipelajari.
- Slot ceramah akan disampaikan oleh Presiden PEPIAS.
- Kuliah Maghrib akan disampaikan oleh penceramah jemputan PEPIAS.
- Solat berjemaah dan Qiyamullail adalah wajib dilaksanakan dan disertai oleh semua peserta.
- Aktiviti riadhah bermodul serta pembentangan bagi memberikan pendedahan, latihan dan peluang peserta untuk berucap dihadapan awam.
- Hal- hal berkaitan kerohanian akan dibincangkan dalam Halaqah.
CIRI-CIRI TAMBAHAN
Ciri-ciri tambahan di dalam program ini ialah;
Taklimat Program; Qiyamullail; Solat Sunat Dhuha; Tazkirah; Bacaan Ma’thurat; Senaman bermodul; serta; Solat berjemaah.
TENTATIF LAKEP 2011
Masa / Hari | Jumaat 25.2.2011 | Sabtu 26.2.2011 | Ahad 27.2.2011 | |||
4.30 pagi | | Bangun Dan Bersiap Diri | Bangun Dan Bersiap Diri | |||
5.00 pagi | Qiamullail Jama’ie | Qiamullail Fardi | ||||
6.00 pagi | Solat Subuh Berjemaah Dan Ma’thurat | Solat Subuh Berjemaah Dan Ma’thurat | ||||
6.30 pagi | Halaqah: Man Ana? | Halaqah: Ma Task Ana? | ||||
7.00 pagi | Riadhah Bermodul | Riadhah Bermodul | ||||
8.00 pagi | Sarapan | Kendiri | Sarapan | Kendiri | ||
8.30 pagi | LDK 2: Pengenalan Tentang Fasilitator, Modul, LDK | Slot 2: Pengurusan Program (SUA, Bendahari, BLK) | ||||
10.30 pagi | Solat Dhuha | Minum Pagi | Solat Dhuha | Minum Pagi | ||
11.00 pagi | Ceramah Komunikasi : A.Hasif, K.Maria, A.Zikri, A.Mohsen | Bengkel: Jenis Aktiviti Akhir (Jenaka) | ||||
1.00 petang | Solat Zuhur Berjemaah | Makan Tengahari | Solat Zuhur Berjemaah | Makan Tengahari | ||
2.00 petang | LDK 3 Role-play, LDK, Komunikasi | Post Test | ||||
2.30 petang | Majlis Penutup | |||||
4.30 petang | Solat Asar Berjemaah | Bersurai | ||||
5.00 petang | “Mass Simulation” | | ||||
6.30 petang | Makan Malam | Kendiri | Makan Malam | Kendiri | | |
7.00 petang | Solat Maghrib Berjemaah/ Mathurat | Solat Maghrib Berjemaah | | |||
7.30 malam | Bacaan al-Ma’thurat dan Tazkirah | | ||||
8.30 malam | Solat Isya’ Berjemaah | Solat Isya’ Berjemaah | | |||
9.00 malam | Ice- Breaking, Pembahagian Kumpulan | Forum: “Hari-hari PEPIAS” | | |||
9.30 mlm | LDK 1: T.I.M Ta’aruf, Ice-Breaking, Mind-Setting | | ||||
11.00 mlm | Taklimat | Taklimat | | |||
11.30 mlm | Minum Malam | Minum Malam | | |||
12.00 mlm | Tidur | Tidur | | |||
No comments:
Post a Comment