Thursday, August 25, 2011

MAJLIS IFTAR RAMADHAN :)


ASSALAMUALAIKUM :)
ha , nampak tak kat atas tuh ? poster kami last minute yg direka khas oleh kak nana :) hehe terima kasih kaq !
buat pengetahuan semua , majlis kami ini turut di sertai oleh beberapa ahli pusat PEPIAS , so , ucapan ribuan terima kasih kepada mereka yang sudi hadir.majlis ini juga merupakan majlis pertama yg d kendalikan oleh kami.so , kalau ade kekurangan tu biasa la , budak baru belajar :) oleh itu , kami ade menyediakan sedikit santapan mata untuk awak semua tengok perjalan program kami :)

KAK FADZ : sedang menulis nama di bahagian pendaftaran :)

ENCIK SYUKOR : berbuka bersama kurma :)

beratur mengambil makanan (sabar sabar ye)

makanan utama : nasi beriani ( sedapp ! terbaik ! )

ABANG AMIN : sibuk mengemas !!

sedikit regangan bersama ABANG ALAN :)

sedikit ucapan dpd ABG ALAN :)

sepatah dua kata dpd wakil PEPIAS :)

OK , tu saje gambar yg ada buat masa sekarang ni , yang lain mungkin akan di upload selepas ini , hehe. apa apa pon , tahniah kepada semua ajk yg terlibat dalam menjayakan program ni,mungkin lepas ni kita akan buat program yang lebih baik lagi.segala silap dan salah harap di maafkan . wasalam :)

Wednesday, August 17, 2011

Cukup dengan sederhana

Perkongsian dari : http://edirozaidi.blogspot.com/



Barang siapa yang menginginkan teman, cukuplah ALLAH  menjadi temannya.

Barang siapa yang menginginkan kekayaan, cukuplah QANA'AH menjadi bekalannya.

Barang siapa yang menginginkan nasihat, cukuplah KEMATIAN menasihatinya.

Barang siapa yang menginginkan harta, cukuplah AL-QURAN menjadi khazanahnya.

Barang siapa yang yang tidak cukup dengan keempat-empat perkara ini, pasti nanti cukuplah NERAKA baginya.


Wednesday, June 15, 2011

Anda mengeluh? Cuba syukur!



Perkongsian daripada : http://syahirul.com/ramai-wanita-bertanya-dan-seorang-lelaki-menjawab/





Kaum feminin cakap “susah jadi wanita”, mereka telah digoda dan diperdaya oleh syaitan dan hawa nafsunya sendiri, seperti yang kita lihat dialog dibawah, bagaikan mempersoalkan ketentuan Allah terhadap mereka. Dengan kata lain yang agak kasar, Allah berat sebelah pada kaum wanita.
  1. “Aduh, situ tutup, sini tutup. Susah la gini. Apasal laki-laki mudah saja. Tak pakai baju pun takpe. Perempuan auratnya lagi banyak.”
  2. “Kenapa la kita para isteri ni nak keluar kena minta izin dari suami kita, padahal suami kita nak keluar kemana-mana pun tak bagitau kita takpe pulak.”
  3. “Jika kita ikut faraid dalam hal pusaka, rugilah kita. Sebab bahagian harta pusaka perempuan lagi sedikit berbanding harta yang anak lelaki dapat. Kami mahu keadilan!”
  4. “Kenapa Allah jadikan wanita mengandung dan rasa sakitnya nak melahirkan anak. Suami kita rileks saja? Masa buat anak carilah kita, masa nak beranak kita tanggung sendiri!”
  5. “Islam kata kita perempuan wajib taat pada suami, tapi ada islam cakap suami perlu taat pada isterinya? Mana keadilan pada kaum hawa?”
  6. “Bila nak cerai je, suami yang boleh jatuhkan talak. Kenapa isteri tak bolek ceraikan suaminya? Kenapa?”
  7. “Wanita takleh nak beribadat macam lelaki, sebab bila kita ada haid dan nifas, takleh nak solat dan puasa. Ingat perempuan ni suka ke tak solat dan puasa?”.

Sunday, May 29, 2011

Mari mengenali Istidraj : Kafir kaya, Islam miskin! Kenapa?

Dikongsi melalui FB seorang hamba Allah.




Kita tahu bahawa ilmu itu cahaya, dan tidak akan memasuki hati-hati yang gelap, tetapi kita lihat, kawan kita yang berjudi, yang minum arak, boleh berjaya pula, sedangkan kita terkial-kial walaupun sudah berusaha. Kita tahu bahawa, siapa yang berbuat baik, taat kepada ALLAH akan dipermudahkan jalan kehidupannya, tetapi kita lihat, kawan kita ini tidak solat, tetapi bisnesnya menjadi, kita pula hidup dengan penuh cabaran dan duga. Kita juga tahu bahawa, ISLAM ini agama yang benar, tetapi kita sering melihat orang-orang yang bukan ISLAM itu lebih berjaya, dan ummat ISLAM tertindas dalam kehidupan sempit lagi derita.

Orang bertanya kepada saya. Kenapa begitu? Sekarang ini, yang manakah benar? Adakah kita faham selama ini tidak benar?

Maka saya hendak bertanya kepada anda.

Adakah anda tahu apa itu istidraj?

Wednesday, May 25, 2011

Tasbih Kifarah

"Huda tasbih Kifarah tu apa.Apa bacaannya?",

"Allhamdulillah,berakhir sudah majlis ilmu kita hari ini.Kita akhiri majlis kita dengan tasbih kifarah dan surah Al-Asr",beritahu pengerusi majlis.Allhamdulillah berakhir sudah majlis ilmu.Getus aku di dalam hati."Dah lama aku tidak hadiri majlis ilmu seperti ini",bicaraku di dalam hati.
"Huda tasbih Kifarah tu apa.Apa bacaannya?",Tiba-tiba rakan sepejabatku bertanya.Aku terkedu.Kenapa aku terkedu?Sebab aku pun tidak membaca ayat tersebut.Aku hanya membaca Surah Al-Asr sahaja.Aku tidak pasti macam mana ayatnya.Aku tidak ingat.Dan persoalan rakanku itu aku biarkan tanpa berjawab.
"Kenapa tidak pasti.Sedangkan itu tasbih yang kita akan baca selepas berakhirnya majlis ilmu",getusku dalam hati.Marah pada diri sendiri.Cetek sungguh ilmu.Kadang-kadang terfikir kenapa lagu-lagu lama aku boleh ingat sedangkan ayat sepotong itu aku tidak ingat.Kenapa kalau hendak mengetahui lirik sesebuah lagu sanggup mencarinya di internet.Kenapa tidak ayat sepotong ini kita cari.Atas kesedaran itu aku meringankan tangan untuk mencari tasbih ini.Dan hasilnya aku perolehi seperti berikut:

Tasbih Kifarah ialah doa penutup bagi sesuatu majlis.Daripada Abu Hurairah RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: “Sesiapa yang duduk dalam satu majlis, dan melakukan banyak salah dan silap, maka sebelum dia meninggalkan majlis itu dia menyebut:
‘-Ayat Tasbih Kifarah-‘
melainkan diampunkan segala dosa yang telah dilakukan sepanjang dia berada dalam majlis itu”.
Daripada Abu Barzah Aslami RA berkata: Rasulullah SAW pernah menyebut pada hujung usia baginda apabila baginda hendak bangun meninggalkan sesuatu majlis:
‘-Ayat Tasbih Kifarah-‘
Maka berkata seorang lelaki: Wahai Rasulullah, sesungguhnya engkau telah menyebut suatu ucapan yang mana tidak pernah engkau ucapkan sebelum ini. Berkata (Rasulullah SAW): “Ia merupakan kaffarah (penebus dosa) terhadap apa yang berlaku dalam majlis”
Di riwayatkan daripada Aisyah RA bahawa apabila baginda bangun daripada majlis, baginda akan membaca:
‘-Ayat Tasbih Kifarah-‘
Saya bertanya: kenapa tuan sering membaca doa ini?
Baginda menjawab: Sesiapa yang membaca doa ini pada penutup majlis maka akan di ampunkan kesilapan-kesilapan yang berlaku dalam majlis tersebut.
AYATNYA:
" Subhanakallah humma wabihamdika Asyadu an la ilaha illa anta astaghfiruka waatubu illaik" .
MAKSUDNYA:
“Maha Suci engkau Ya Allah dan aku naik saksi Tiada Tuhan Melainkan Engkau 
dan aku memohon ampun serta taubat kepadaMu”

Allhamdulillah aku dapat mencarinya."Ya Allah Engkau Peliharala aku dan Teguhkanla hatiku untuk terus memperolehi Ilmu di muka bumiMU ini."