Wednesday, August 17, 2011

Cukup dengan sederhana

Perkongsian dari : http://edirozaidi.blogspot.com/



Barang siapa yang menginginkan teman, cukuplah ALLAH  menjadi temannya.

Barang siapa yang menginginkan kekayaan, cukuplah QANA'AH menjadi bekalannya.

Barang siapa yang menginginkan nasihat, cukuplah KEMATIAN menasihatinya.

Barang siapa yang menginginkan harta, cukuplah AL-QURAN menjadi khazanahnya.

Barang siapa yang yang tidak cukup dengan keempat-empat perkara ini, pasti nanti cukuplah NERAKA baginya.



Qana'ah - QANAAH ialah kepuasan hati dengan rezeki yang ditentukan Allah. Dikatakan bahawa Allah menentukan lima perkara pada lima tempat iaitu kemuliaan pada ketaatan, kehinaan pada maksiat, kehebatan pada ibadat malam, hikmat kebijaksanaan pada perut yang kosong dan kekayaan pada sifat qanaah.

Qanaah bukanlah bermaksud hilang semangat untuk berkerja lebih keras demi menambah rezeki dan produktiviti. Malah, ia bertujuan supaya kita sentiasa bersyukur dengan rezeki yang dikurniakan Allah.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Jadilah kamu seorang yang warak, nanti kamu akan menjadi sebaik-baik hamba Allah, jadilah kamu seorang qanaah, nanti kamu akan menjadi orang yang paling bersyukur kepada Allah, sedikitkanlah ketawa kerana banyak ketawa itu mematikan hati.” (Hadis riwayat al-Baihaqi)
Sumber Qana'ah dari : http://nurjeehan.hadithuna.com/2008/06/sifat-qanaah-didik-jiwa-sentiasa-bersyukur/

Sungguh, beruntunglah kita jika hidup dengan sederhana!

No comments:

Post a Comment