Tidak ada paksaan dalam agama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali agama) yang teguh yang tidak akan putus. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. (Al-Baqarah 2:256)
Monday, June 16, 2014
Thursday, February 13, 2014
Pengisian Jiwa
USRAH MINGGUAN HELWANI : TAUTAN HATI (TAUHA)
TAJUK USRAH : KEFAHAMAN YANG MENDALAM MENGENAI USRAH
NAQIBAH : UMMUL IZZATIN MARDHIAH BINTI AB. GHAFAR
TARIKH : 15 JANUARI 2014
TEMPAT : SURAU KOLEJ MULTIMEDIA KUALA LUMPUR
Bismillahirrahmanirrahim..
dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang..
Alhamdulillah pada 15 Januari 2014, Persatuan Remaja Muslim Pepias
Ampang sempat mengadakan Usrah Helwani iaitu Tautan Hati(TAUHA). TAUHA dimulakan dengan Al-Mathurat dan
Ampang sempat mengadakan Usrah Helwani iaitu Tautan Hati(TAUHA). TAUHA dimulakan dengan Al-Mathurat dan
Tajuk kali ini pasal Usrah..
Usrah lagi..bukan sudah dibincangkan dalam REHAT ke??
InsyaAllah yang ini lebih terperinci dan terkesan pada rohani..
Apa itu usrah?? Usrah dari segi bahasa ialah keluarga. Manakala dari
segi istilah ialah kumpulan mukmin yang beriman dengan agama
islam, berusaha dan tolong-menolong di antara satu sama lain untuk
memahami dan menghayati Islam berdasarkan kepada perintah Allah.
segi istilah ialah kumpulan mukmin yang beriman dengan agama
islam, berusaha dan tolong-menolong di antara satu sama lain untuk
memahami dan menghayati Islam berdasarkan kepada perintah Allah.
Dalam surah al-Maaidah ayat 2 Allah berfirman yang bermaksud :
“ Dan hendaklah kamu bertolong-tolong untuk membuat kebajikan dan bertakwa dan janganlah kamu bertolong-tolong dalam membuat dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan
bertaqwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaan-Nya (bagi sesiapa yang melanggar perintahnya)”.
bertaqwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaan-Nya (bagi sesiapa yang melanggar perintahnya)”.
Dari mana mulanya usrah ini?
Pembetukan usrah yang pertama dilaksanakn oleh Rasulullah s.a.w ialah di rumah al-Arqam bin Abi Arqam. Rasul mengajar mereka yang hadir setiap ayat Quran yang
diturunkan. Baginda juga menekankan proses pembinaan sifat-sifat luhur seperti baik hati,amanah, bertanggungjawab, bercakap benar, berani dan sebagainya di dalam diri para sahabat.(Membentuk aqidah). Usrah ini juga telah dipopularkan oleh Ikhwatul
Muslim. Usrah ini juga boleh dikatogerikan sebagai roh dakwah dalam
hati (adab dan niat).

Apa yang lebih penting perlu difahami ialah usrah itu sendiri adalah
perbincangan ilmu dan proses belajar bersama. Ahli usrah mestilah mempunyai budaya mendahagakan ilmu yang tinggi dan semua ilmu yang didasari dengan sumber-sumber yang dipastikan sahih dan perlu dibawa serta dikongsikan untuk merancakkan lagi perbincangan di dalam usrah agar dapat lebih menambahkan kefahaman semua.Minda yang mengharapkan usrah sebagai majlis ilmu paling utama adalah silap jika mereka tidak mencari ilmu dari luar usrah untuk dikongsikan dalam usrah dan menunggu usrah seterusnya tanpa menimba ilmu berkaitan dengan perbincangan dalam usrah.

Monday, February 10, 2014
Pertemuan Hati
USRAH MINGGUAN GABUNGAN : REFLEKSI HATI (REHAT)
TAJUK USRAH : PENGENALAN USRAH
NAQIB : ALLHAJJ BIN AZMAN
TARIKH : 8 JANUARI 2014
TEMPAT : BLOK LO4, KOLEJ MULTIMEDIA KUALA LUMPUR
Alhamdulillah pada tanggal 8 Januari 2014 bersamaan 6 Rabiul Awal 1435
Hijrah yang lalu, Persatuan Remaja Muslim Pepias Ampang (PRM PEPISANG)
berpeluang mengadakan Usrah Gabungan iaitu Refleksi Hati (REHAT). REHAT dimulakan dengan bacaan AlMathurat yang diketuai oleh
Saudara Allhajj Bin Azman. Tajuk yang dibincangkan adalah berkenaan dengan Pengenalan Usrah.
Seramai 16 orang yang dapat bersama – sama dalam REHAT ini.

Terdapat beberapa ilmu yang menarik dan kata kunci yang membuatkan
seorang pencatat akan terus mencatat di dalam buku catatannya.
seorang pencatat akan terus mencatat di dalam buku catatannya.
Di sini akan dikongsikan serba sedikit ilmu yang diperoleh oleh wakil yang hadir.
Maksud Usrah??
- Usrah = Keluarga(firman Allah SWT: “Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu bersaudara,” (al-Hujurat: 10))
- Natijah akhirnya, adalah melahirkan kesatuan pemikiran (fikrah) agar
cita-cita Islam dapat dicapai.
cita-cita Islam dapat dicapai.
Dalam kehidupan kita mesti ada tujuan atau matlamat. Kalau kita tidak letakkan tujuan kita, hidup kita ibarat layang-layang yang putus talinya. Kita mesti kerap tanya pada diri, apa tujuan kita dalam melakukan sesuatu agar benda itu tidak menjadi sia-sia.
Dalam berusrah juga, kita mesti ada tujuan dan hala tuju kita. Jadi antaranya ialah:
Tujuan Usrah :
- Meningkatkan kefahaman jemaah terhadap Islam.
- Menambahkan penghayatan dan menimbulkan perasaan tanggungjawab
terhadap ajaran islam secara peribadi dan jemaah.
terhadap ajaran islam secara peribadi dan jemaah.
- Membina generasi Islam yang menegakkan akhlak islamiah dalam diri dan sensitif terhadap segala perkara yang tidak islamik.
- Menghubungkan anggota secara langsung dengan AlQuran dan sunnah.
- Mengikhlaskan diri dalam mencari keredhaan Allah.
- Menyediakan tenaga yang benarbenar
berkemampuan berketerampilan untuk bergerak demi kepentingan islam.
berkemampuan berketerampilan untuk bergerak demi kepentingan islam.
- Mengukuhkan perasaan bersaudara dan memupuk semangat bertindak
secara berjemaah secara tidak langsung
secara berjemaah secara tidak langsung
Islam sangat mementingkan adab. Makan pun ada adab-adabnya. Begitu juga dalam berusrah. Ada adab-adab yang perlu kita patuhi agar usrah kita dirahmati Allah.
Adab Usrah :
- Ikhlas
- Menepati Masa
- Suci(Berwudhuk)
- Beritahu Naqib@Naqibah jika tidak hadir
- Bersedia dari segi mental dan perlakuan
- Membawa alat tulis
- Mengukuhkan Ukhuwah
- Menuntut Ilmu
- Duduk bersopan
- Fatihah dan Selawat
- Menyampaikan kepada orang lain(yang tidak hadir)
- Bertanya dengan izin
- Mencelah apabila sangat perlu
- Mengawal suara
- Tenang dan serius
- Berusaha mengenali sahabat
- Membaca tasbih kafarah dan surah al-asr
- Bersalaman
- Menjaga rahsia jemaah
Rukun Usrah :
- Taaruf - berkenalan
- Tafahum – bersefahaman
- Ta’awun – tolong-menolong
- Takaful – menjaga kebajikan
- Kebersamaan
- Kepercayaan
- Keterbukaan
- Kerahsiaan
- Adab (bercakap & ikhtilat)
Usrah merupakan satu mekanisme pembentukan diri, kumpulan dan penyatuan umat Islam yang sangat penting demi mewujudkan kesatuan dalam pemikiran
dan tindakan. Kekuatan umat Islam zaman Nabi Muhammad SAW dibentuk
terlebih dahulu melalui usrah, iaitu dijana hati mereka dengan kekuatan iman
dan takwa.
dan tindakan. Kekuatan umat Islam zaman Nabi Muhammad SAW dibentuk
terlebih dahulu melalui usrah, iaitu dijana hati mereka dengan kekuatan iman
dan takwa.
Sunday, January 19, 2014
welcomeBackPepisang
Assalammualaikum warahmatullah :)
PEPISANG dengan kelebaran sayap yang baru, memuatkan hampir 25 penumpang yang mana 7 orang daripadanya adalah pilot manakala selebihnya pula pewaris generasi ummah, telah pun selamat mendarat atau dengan erti kata lain pendaratan welcome back. Kembali dengan semangat, matlamat dan pastinya inspirasi baru bersama pelapis new young generations. Alhamdulillah, hebatnya takdir apabila pertemuan itu diakhiri dengan silaturrahim. Sesuatu yang pastinya akan memenuhi ruang, minda serta persoalan tentang siapakah gerangan si pemimpin yang bakal meneraju bahtera baru bagi cawangan Ampang untuk tahun ini. Orang kata tak kenal maka takcinta.Tapi ingin saya ubah sedikit frasa tersebut menjadi, TAK TA'ARUF MAKA TAKKAN ADA SILATURRAHIM. Haaa, gitu. Baiklah, sebelum saya memperkenalkan pimpinan pada kali ini, dengan berlapang hati ingin saya memberitahu anda anda semua bahawa induksi untuk pimpinan kali ini telah pun berlangsung dan seterusnya mencapai tahap kepuasan maximum bagi semua yang menyertai terutamanya bagi diri kami sendiri. So, agak-agak ada tak retreat lepasni ? *krik krikk*
Inshaa Allah, dengan pelbagai aktiviti dan perancangan yang dirangka oleh biro-biro terlibat, aktiviti yang bakal dijadualkan dan seterusnya dilaksanakan bagi tahun ini boleh saya katakan, agak kebaboom mampatnya. Oleh sebab itu, ingin saya tekankan bahawa persediaan mental dan fizikal kami sudah pasti dan semestinya dicabar baik dari segi penyediaan apatah lagi perlaksanaan. Tak dinafikan induksi banyak memberi impak serta kesan positif terutamanya dalam perkongsian maklumat, sumbangan idea yang fresh fresh dan tak kurang juga dengan ideologi masing-masing. Hal ini dapat dibuktikan apabila hasil gabungan bersama biro & pemimpin dalam merangka plan strategi aktiviti tahunan masing-masing. Induksi sebenarnya jika dilihat dari perspektif luar daripada polar pemikiran normal, ia merujuk kepada konsep mengenal antara satu sama lain, atau dengan erti kata yang sebenar, " I know you, your behave, your characters, your rules and most of all is, I know who you're , yourself." Kenal siapa ahli dalam kumpulan, iaitu kenal bukan sekadar tahu nama penuh, umur, makanan kegemaran, suka warna apa, tinggal dimana dan pelbagai-bagai lagi soalan cliche biodata kanak-kanak seusia 6 tahun. Induksi adalah medan, medan bagi pembentukan dan penyatuan pendapat gabungan hasil idea kronologi menjadi satu persetujuan sebulat suara. Thats how new shapes of new empire begin. Suatu nilai estetika biasa yang sepatutnya diterap dalam pimpinan kerana sesuatu yang dilihat biasa-biasa itu, jika dibiarkan begitu sahaja akibatnya bisa dilihat dalam suatu jangka masa panjang kehadapan terutama dalam kelompok pimpinan itu sendiri. Konklusinya, ingin saya simpulkan bahawa betapa pentingnya setiap individu untuk kenal setiap ahli biro masing-masing dan betapa pentingnya peranan induksi itu sendiri dalam mengeluarkan mutiara-mutiara yang tersembunyi disebalik topeng opera. Kerana, seampuh dan setinggi manapun sesebuah bangunan itu bukan dilihat dari mana ia berasal, tetapi bagaimana ia dibina dan atas alasan apa ia didirikan. Begitu juga PEPISANG. Punya misi, visi dan pastinya dengan kepadatan matlamat yang jelas.

Ingin mengenali siapakah gerangan pimpinan yang telahpun secara rasminya dipilih diantara yang terpilih?
JENG JENG JENG JENG !!
p/s : Nantikan dalam episod INTRODUCTION OF PILOT AND THE GANG pepisang yang akan datang. Keep up your smile and hold tight your faith. Till we meet again nextweek. Salam perkenalan dan salam ukhuwah buat semua :)
Subscribe to:
Posts (Atom)