Wednesday, May 25, 2011

Tasbih Kifarah

"Huda tasbih Kifarah tu apa.Apa bacaannya?",

"Allhamdulillah,berakhir sudah majlis ilmu kita hari ini.Kita akhiri majlis kita dengan tasbih kifarah dan surah Al-Asr",beritahu pengerusi majlis.Allhamdulillah berakhir sudah majlis ilmu.Getus aku di dalam hati."Dah lama aku tidak hadiri majlis ilmu seperti ini",bicaraku di dalam hati.
"Huda tasbih Kifarah tu apa.Apa bacaannya?",Tiba-tiba rakan sepejabatku bertanya.Aku terkedu.Kenapa aku terkedu?Sebab aku pun tidak membaca ayat tersebut.Aku hanya membaca Surah Al-Asr sahaja.Aku tidak pasti macam mana ayatnya.Aku tidak ingat.Dan persoalan rakanku itu aku biarkan tanpa berjawab.
"Kenapa tidak pasti.Sedangkan itu tasbih yang kita akan baca selepas berakhirnya majlis ilmu",getusku dalam hati.Marah pada diri sendiri.Cetek sungguh ilmu.Kadang-kadang terfikir kenapa lagu-lagu lama aku boleh ingat sedangkan ayat sepotong itu aku tidak ingat.Kenapa kalau hendak mengetahui lirik sesebuah lagu sanggup mencarinya di internet.Kenapa tidak ayat sepotong ini kita cari.Atas kesedaran itu aku meringankan tangan untuk mencari tasbih ini.Dan hasilnya aku perolehi seperti berikut:

Tasbih Kifarah ialah doa penutup bagi sesuatu majlis.Daripada Abu Hurairah RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: “Sesiapa yang duduk dalam satu majlis, dan melakukan banyak salah dan silap, maka sebelum dia meninggalkan majlis itu dia menyebut:
‘-Ayat Tasbih Kifarah-‘
melainkan diampunkan segala dosa yang telah dilakukan sepanjang dia berada dalam majlis itu”.
Daripada Abu Barzah Aslami RA berkata: Rasulullah SAW pernah menyebut pada hujung usia baginda apabila baginda hendak bangun meninggalkan sesuatu majlis:
‘-Ayat Tasbih Kifarah-‘
Maka berkata seorang lelaki: Wahai Rasulullah, sesungguhnya engkau telah menyebut suatu ucapan yang mana tidak pernah engkau ucapkan sebelum ini. Berkata (Rasulullah SAW): “Ia merupakan kaffarah (penebus dosa) terhadap apa yang berlaku dalam majlis”
Di riwayatkan daripada Aisyah RA bahawa apabila baginda bangun daripada majlis, baginda akan membaca:
‘-Ayat Tasbih Kifarah-‘
Saya bertanya: kenapa tuan sering membaca doa ini?
Baginda menjawab: Sesiapa yang membaca doa ini pada penutup majlis maka akan di ampunkan kesilapan-kesilapan yang berlaku dalam majlis tersebut.
AYATNYA:
Subhanakallah humma wabihamdika Asyadu an la ilaha illa anta astaghfiruka waatubu illaik" .
MAKSUDNYA:
“Maha Suci engkau Ya Allah dan aku naik saksi Tiada Tuhan Melainkan Engkau 
dan aku memohon ampun serta taubat kepadaMu”

Allhamdulillah aku dapat mencarinya."Ya Allah Engkau Peliharala aku dan Teguhkanla hatiku untuk terus memperolehi Ilmu di muka bumiMU ini."

3 comments:

  1. bgus post nie,,cume istilah 'kifarah' ptut ditukar mnjdi 'kafarah'...
    krne prbezaan diantre dua perkataan adalah sgt ketara..rmai y t'tukar antre dua istilah tu..
    waALLAHua'lam..=]

    ReplyDelete
  2. btul tu....sepatutnya kafaraah..

    ReplyDelete
  3. Terima kasih.. informasi tentang Tasbih Kifarah sangat bermanfaat bagi kami.
    Untuk memudahkan menghitung bacaan tasbih bisa menggunakan tasbih giok, bisa di peroleh di www.tasbihgiok.com

    ReplyDelete